Kongsi & dapat komisen? Jadi Rakan →

Dasar Privasi

Dikemas kini 10 Oktober 2026

Starly Kids dikendalikan oleh Salleh Madsom Enterprise (201603278600 (JM0780252-W)), sebuah perniagaan milikan tunggal berdaftar di Malaysia. Dasar ini menerangkan data apa yang kami kumpul, kenapa, dan apa hak anda ke atasnya.

Ringkasnya: kami mengumpul emel dan nombor telefon anda semasa pembelian, dan satu nombor rawak yang mengenal pasti peranti. Kami tidak mengumpul apa-apa data tentang anak anda — nama, umur dan kemajuan pembelajaran semuanya tinggal di dalam telefon anda sendiri dan tidak pernah dihantar kepada kami.

Data yang kami kumpul

DataKenapaBerapa lama
Alamat emelMenghantar kunci dan resit pembelianSelagi lesen aktif
Nombor telefonDiwajibkan oleh gerbang pembayaran FPXSelagi lesen aktif
Pengecam perantiNombor rawak, dijana oleh app. Menguatkuasakan had 3 peranti. Ia tidak mengandungi apa-apa tentang anda atau telefon andaSelagi lesen aktif
Nombor rujukan pesananRekod pembelian dan sokongan13 bulan
Emel senarai tungguMemberitahu bila kandungan baharu siapSehingga anda minta dibuang
Sumber trafikSatu perkataan sahaja (cth "tiktok"), untuk kami tahu saluran mana yang berkesan. Tiada pengecam peribadi13 bulan
Statistik lawatanHalaman yang dibuka, negara, jenis pelayar dan kelajuan muat. Dikumpul secara tanpa kuki oleh penyedia hos kami — tiada pengecam kekal, dan lawatan anda tidak boleh dikaitkan antara hari. Ia memberitahu kami berapa orang melawat, bukan siapa6 bulan

Statistik lawatan dikumpul pada laman jualan dan dalam app. Ia tidak menyentuh apa-apa tentang anak anda — nama, profil, bintang dan kemajuan tidak pernah meninggalkan telefon anda, seperti yang dinyatakan di atas.

Data anak anda

Ini bahagian yang paling penting bagi kami, jadi kami nyatakan dengan jelas:

Akaun pembelian adalah atas nama ibu bapa atau penjaga, bukan anak.

Data Rakan

Bahagian ini hanya untuk orang yang mendaftar sebagai Rakan Starly Kids (program komisyen). Pembeli biasa dan anak anda tidak terlibat.

DataKenapaBerapa lama
Nama penuh, nombor WhatsApp, alamat emelMenyemak permohonan, menghubungi anda, dan log masuk ke papan pemukaSelagi anda Rakan, dan sehingga 7 tahun selepas bayaran terakhir untuk rekod perakaunan
Nama bank, nombor akaun, nama pemegang akaunMemindahkan komisyen kepada anda. Hanya pemilik perniagaan boleh melihatnya, dan ia tidak dihantar melalui emelSama seperti di atas
Tempat anda akan berkongsiMemahami saluran yang berkesanSama seperti di atas
Rekod komisyen: nombor rujukan jualan, tarikh, jumlah, statusMengira dan membuktikan bayaranSama seperti di atas

Pihak ketiga yang memproses data anda

Kami tidak menjual, menyewa atau berkongsi data anda dengan sesiapa selain di atas. Nama penyedia boleh diberikan atas permintaan — emel kami.

Kuki

Laman ini tidak menggunakan kuki penjejakan. Pembeli dan pengunjung biasa tidak menerima sebarang kuki. Satu-satunya kuki ialah kuki sesi yang disimpan apabila seorang Rakan log masuk ke papan pemuka (diperlukan untuk kekal log masuk, sah 30 hari, dan tidak digunakan untuk menjejak). App menggunakan storan tempatan pelayar untuk menyimpan kemajuan anak dan kunci lesen anda — itu tinggal di peranti anda dan bukan kuki.

Hak anda

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia, anda boleh:

Emel sokongan@starlykids.com dan kami akan bertindak dalam masa 14 hari. Ambil perhatian: memadam emel pembelian anda bermakna kami tidak lagi boleh memulihkan kunci anda kalau ia hilang.

Keselamatan

Semua sambungan disulitkan (HTTPS). Kami tidak pernah menyimpan kata laluan (app tidak menggunakan akaun, dan Rakan log masuk dengan pautan emel sekali-guna). Kami tidak pernah menyimpan nombor kad atau butiran perbankan.

Perubahan

Kalau kami mengubah dasar ini, tarikh di atas akan berubah. Perubahan besar akan diberitahu melalui emel kepada pembeli.

Ada soalan tentang halaman ini?
Emel sokongan@starlykids.com
WhatsApp +60 13-749 2537 (WhatsApp sahaja, tiada panggilan)
Dibaca oleh orang yang membina app ini.